Sunday 6 August 2017

Santai hari Ini...



Santai 1:

Banyak kerja?
Penyelesaiannya? Buat...Buat dan buat!
Itulah nasihat yg diberi oleh seorang GPK saya suatu masa lalu.
Benar! Kerja itu tak akan selesai dg merungut, tapi akan selesai dg BUAT!



Santai 2:

Pelajar bermasalah? Kalau kita dah cuba buat yg terbaik, jgn lemah semangat kerana sorang dua yg bermasalah. Cuba ingat wajah2 pelajar kita yg baik2, berusaha bersungguh2 dan berakhlak mulia. Tentu kita akan ceria semula!




 

 

Santai 3:
 
Jangan terlau harapkan kesempurnaan...hidup tanpa. Sebab? Dunia ini sendiri memang tidak sempurna.

Kalau nak semuanya sempurna, maka anda telah berada di planet yg salah!

 






Santai 4:

Pentadbir bermasalah? Cuba nilai diri kita sendiri dulu. Kalau kita dapati semua pentadbir yg datang silih berganti itu semuanya bermasalah, dibimbangi kita sendiri yg bermasalah! 


 

Audit diri kita dulu, lepas tu baru audit org lain...

Santai 5:
 
Kalau betul dah sukar nak berada di tempat kerja sekarang, setiap hari buntu, dan tiada siapa yg bantu, mungkin Allah menyuruh kita berhijrah kle tempat lain. Bumi Allah ni kan luas?

Saat Rasulullah saw dimusuhi dan dikasari, baginda pun berhijrah – ke Madinah...Di tempat yg baginda lebih dimuliakan...hingga sekarang.
Fikir2kan!



Santai 6:

Banyak sungguh birokrasi yg perlu diikuti dalam organisasi yg kita anggotai. Letih. Letih. Letih!!!
Cuba berhenti utk berfikir sekejap....Bolehkah anda sediakan premis sendiri...utk bekerja dan mendapat pulangan (gaji) spt sekarang? Kalau mampu, silakan. 

Elakkan berterusan mencemuh tempat kerja anda. Tak baik begitu. Bimbang - hilang keberkatan di tempat kerja.

Berdoalah selalu agar Allah permudahkan segala urusan, mengilhamkan yg terbaik dan jadilah insan yg sentiasa bersyukur.

Lebih baik begitu kan?


 


Nikmatilah hidup - buat yg terbaik selama Allah izinkan kita berada di sini.
Esok atau lusa, kita belum tentu masih diberi peluang utk bergelar sebagai seorang insan! 

 

1 comment:

  1. Suka!suka! itu santai 3! Terkena batang hidung sendiri. Ingatan khas buat diri, Kesempurnaan itu milik Allah. Buat sehabis baik utk meraih rahmat yang Maha Sempurna!

    ReplyDelete