Friday 11 August 2017

Leburkan ego...



Buat pendidik (atau sesiapa shj penyampai ilmu)...

Pelajar2 kita terbahagi kepada 3 kategori dalam matlamat soalan mereka:
1.       Benar2 ngin tahu
2.       Dah tahu, tapi agar jawapan yg diberi dapat dimanfaatkan oleh orang lain (mungkin guru tak akan terangkan kalau tak disoal). Juga mungkin ada org lain nak soal, tapi takut/malu.
3.       Sengaja nak menguji ilmu guru.

Bagi kategori 1 dan 2, bagus. Galakkan mereka dan beri jawapan yg baik.

Bagi kategori 3 pula, guru harus bijak menanganinya. Kalau boleh, beri jawapan atau buat apa saja yg boleh melebur ego pelajar tersebut. Kita boleh kesan soalan ini menerusi cara bertanya, mimik wajah dan bahasa badan mereka. 

“Perkenakan” secukupnya! Mereka tak boleh dibiarkan berterusan begitu. Hilang berkat ilmu. Dan kita tak perlu mereka yg berjaya tetapi ego sebagai penerus generasi – lebih banyak mudarat drp manfaat!


No comments:

Post a Comment