Wednesday 12 April 2017

Usaha - Tanda kita hamba-Nya



Kesungguhan itu perlu dalam apa jua kejayaan yg nak dicapai. Apatah lagi kalau satu perjuangan besar umpama nak dapat Ph.D, nak jadi penghafal Al-Quran  dan lain2, takkan dpt dicapai dg hanya bersenag lenang, mesti bersedia utk mujahadah bagi mendapatkannya.

Perlu bijak dan  gigih….mengatur masa, mengurus jadual yg begitu ketat…dan dg izin-Nya, kejayaan yg seakan2 mustahil itu mampu diraih walau pun  terasa kerdilnya diri. Namun, Allah mengajar dan sentiasa mengingatkan bahawa tiada yg mustahil dg bantuan-Nya.

Ya… perlu gigih, tekun, sabar, tidak sekali2 lemah, bosan, apatah lagi putus asa. Buat. Buat. Buat Dan buat! Sebagai hamba, usaha itu dari kita, berjaya itu dari Allah. Insan2 terpilih kesayangan-Nya juga perlu berusaha – lihat saja Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Rasulullah saw dan semua nabi2, juga org2 soleh, semuanya menempuh ranjau dan duri kehidupan dlm kembara di pentas dunia yg merupakan ujian ini.

Allah boleh saja nak beri pada kita apa yg kita nak. Namun, sebagai hamba, kita perlu berusaha. Itu sunnatullah. Usaha dapat pahala. Bila kejayaan mampu digenggam, syukur…dapat pahala. Kalau ditakdirkan bukan rezeki atau hak kita, sabar. Pun dapat pahala! Kalau tak dapat A, yg kita impikan, mungkin akan dikurniakan-Nya B,C atau X,Y, Z yg jauh lebih baik utk kita!

Selagi hayat dikandung badan, jangan sekali2 putus harapan. Rahmat Allah itu maha luas. Sentiasalah bersangka baik dg- Nya. Kalau kita selalu berusaha utk jadi  hamba yg taat dan sentiasa menyertai Allah dlm apa jua perjuangan. Insya’-allah kita selau “berjaya” lantaran Dia tidak pernah menghampakan!
Kejayaan itu juga bukan diukur di akhir perjuangan, tapi dihitung sejak bermulanya ia. Setiap usaha itu bergantung pada niat. Kalaulah dari awal diniatkan kerana Allah, kebaikan dah tertulis buat kita. Usaha.Usaha. Dan usaha. Kalau pun tak dapat di dunia, insya’-Allah bakal dinikmati di syurga…lebih baik dan lebih kekal…

No comments:

Post a Comment