Sunday 12 March 2017

Patuhilah Allah - ibarat Bulan dan Matahari!



Alhamdulillah…masih diberi peluang oleh Allah menghirup udara segar saat berjalan keliling rumah pagi tadi. Segarnya udara anugerah Allah. Paling perlu disyukuri: tak perlu bayar! Bayangkan kalau setiap bulan datang bil utk bayar setiap hembusan oksigen yang disedut! Terima kasih Allah!!!

Terpandang sang  rembulan yg mula memohon mengundur diri bagi memberi peluang sang suria menjalankan tugas seterusnya, menyinari bumi sebagai tanda kepatuhan pada Ilahi. Pemandangan itu…bulan penuh berada di puncak bukit yang berbalam hasil fenomena pertukaran siang dan malam. Sungguh menakjubkan!

Terfikir…Bulan dan matahari – walau pun besar, hebat dan kelihatan gagah, sentiasa patuh pada Tuhan. Kesannya? Hidupan di bumi berjalan penuh harmoni, mapan dan seimbang. Kalaulah mereka berdua ingkar suatu hari, apa jadi agaknya – pada kita? Pada semua? Matahari tidak lagi bersinar…Bulan pula tidak kelihatan. Tiada siang. Tiada malam…Akhirnya, lenyap juga semua kehidupan.

Lantas, terima kasih Sang Suria dan sang Bulan - atas kepatuhanmu…alam terus riang. Hidupan terus berlangsung tanpa gangguan.

Kejadian  bulan dan matahari itu sebenarnya, selain daripada utk kelangsunagn hidupan di planet bumi, juga tanda2 keagungan ciptaan Tuhan bagi orang2 yg berfikir dan mahu mengambil pengajaran…Kitab “manzurah” yg perlu dibaca dg mata hati, agar kita lebih dekat pada Ilahi…

Sekali gus, tercetus idea utk ku tulis dalam kolum Sains Hati utk majalah SOLUSI.. Tunggu!

No comments:

Post a Comment