Wednesday, 18 October 2017

Husnul khatimah

Mati itu pasti. Tapi bila? di mana? Bagaimana? – itu hanya dalam pengetahuan Ilahi.

Justeru, hadirkanlah diri di tempat2 yg baik, agar bila maut menjemput (bila2 masa saja), kita berada di tempat yg baik, bersama org2 yg baik dan sedang buat perkara baik!
. Moga pengakhiran yg baik - husnul khatimah...

Tajwid itu indah!


Jom! Ulangkaji...

Monday, 16 October 2017

Qanaah



Antara punca kebahagiaan ialah merasa cukup (malah lebih) dg apa yg ada.

Akaun Akhirat

Khas buat pendidik..

Tanamkan kebaikan ke dalam diri setiap anak didik di setiap kesempatan yang ada sehingga, berbekalkan keikhlasan kita, ilmu menjadi berkat dan mampu diamalkan oleh mereka sepanjang hayat. 

Hasilnya, bukan sahaja pahala itu berupaya diraih mereka, tapi juga turut mengalir ke dalam akaun kita yang menganjurkannya. Ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.w.w. iaitu:

 “Barangsiapa melaksanakan satu kebaikan dan diikuti oleh orang lain, maka dia akan beroleh pahalanya hingga hari kiamat – HR Muslim).



Ujian hidup



Kenapa manusia perlu diuji? Ini adalah bagi menyaring antara intan dengan kaca, menentukan siapakah yang terbaik amalannya agar dapat ditempatkan pada kedudukan yang selayaknya apabila dipanggil untuk pulang ke negeri abadi nanti. - syurga tau neraka (na'uzubillah)

“Yang menciptakan hidup dan mati bagi menguji siapakah yang paling baik amalannya – Surah Al-Mulk 67:2


Monday, 9 October 2017

Nilai Iman dan Islam menurut Al-Khawarizmi



Berertinya iman (Islam) menurut Al-Khawarizm (Pakar Matematik Islam)

Saat kita lahir, kita tak ada apa2. Bila dah baligh, dan kita Islam (beriman), maka ada nilai 1.
Bila ada ilmu, tambah satu 0.Hasilnya: 1 + 0 = 10
Tambah pula dg akhlak, hasilnya: 10 + 0 = 100
Tambah pula dg harta, hasilnya: 100 + 0 = 1000
Tambah pula dg sifat dermawan, hasilnya: 1000 + 0 = 1000
Begitulah seterusnya. 0 bertambah dg setiap kebaikan/nilai yg ada pada kita.

Tapi, semuanya bererti kalau ada 1 iaitu Islam.
Tanpa 1 itu, beribu2 0 pun tak berguna! Umpama cek kosong yg tak dapat dikreditkan di bank. 

Itulah ibaratnya, kalau seorang yg tidak beriman tapi sangat baik pada pandangan manusia. Saat di akhirat nanti, dia hanya membawa cek kosong...

Sebab itulah, Iman dan Islam merupakan anugerah terbesar buat kita. Jaga, hargai dan pertahankannya!!!

Doa




Doa itu umpama menanam benih. Kita semai, jaga dan tunggu dg sabar. Hasilnya dapat dipetik bila tiba masa Allah izinkan!

Jom berdoa...


*Ya Allah! Satukanlah al-Qur'an dengan hati ku dalam bentuk hafazan.*_
_*Ya Allah! Satukanlah al-Qur'an dengan lidah ku dalam bentuk bacaan.*
_*Ya Allah! Satukanlah al-Qur'an dengan keperibadian ku dalam bentuk akhlak dan budi pekertii.*_
_*Ya Allah! Anugerahkanlah kepada aku melalui al-Qur'an ilmu pengetahuan dan amalan Saleh.*_


Aamin ...